Wednesday, August 20, 2008

7 Ogos

1. Sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Mengajar matematik bertajuk “Basic operation involving mass- add and subtract”.

3. Membawa murid ke makmal komputer. Mengajar menggunakan MS PowerPoint.

4. Mendapat relief kelas 1 Berlian dari pukul 10.10 hingga 11.10. Membuat kuiz ejaan bahasa inggeris.



Tindakan/ Pemerhatian

1. Persembahan MSPowerPoint diikuti dengan murid menulis contoh-contoh penyelesaian dalam buku.

2. Murid 1 Berlian seronok menjawab soalan kuiz tetapi ada seorang murid merajuk kerana tidak dapat mengeja dengan betul.

6 Ogos

1. Sampai disekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Tiada pengajaran hari ini.

3. Mendapat relief kelas 1 Intan (7.50 hingga 8.50). Makmal komputer digunakan maka melengkapkan buku latihan bahasa inggeris.

Tuesday, August 12, 2008

5 Ogos



1. Tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi.
2. Membincangkan soalan ujian sains bersama murid.
3. Mendapat relief kelas 4 Berlian dan menyambung perbincangan soalan ujian.
4. Tiada murid yang mendapat A.
Banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid pada bahagian B iaitu soalan subjektif.

4 Ogos

1. Hadir ke sekolah pada 7.05 pagi.

2. Membawa murid masuk ke makmal komputer dan mengajar matematik topik “relationship between unit of mass.

3. Menggunakan EXE dan MS PowerPoint untuk membincangkan set induksi dan pengajaran.

4. Murid menggunakan komputer membuat soalan kuiz dalam Hot Potatoes.

5. En. Azman telah datang ke sekolah untuk penyeliaan. Beliau sangat tertarik dengan budaya

sekolah dan pengurusan sekolah yang baik.



Friday, August 1, 2008

1 Ogos


Hadir ke sekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. Bacaan yassin dari pukul 7.20 hingga 8.00pg.

3. Mengajar sains tajuk ‘technology’. Tidak dapat membawa murid ke bilik akses untuk mencari bahan dari internet kerana kesuntukkan masa.

4. Mendapat relief kelas 3 Berlian. Bermain bola untuk mata pelajaran pendidikan kesihatan.

5. Cabaran dihadapi semasa menggunakan komputer di sekolah ini ialah

a) Server tidak berfungsi terpaksa menyediakan bahan offline.

b) Hanya 11 buah komputer yang boleh digunakan dan 3 buah rosak.

c) 3 orang murid berkongsi satu buah komputer menyebabkan p & p tidak dapat di jalankan dengan berkesan kerana seorang murid dalam kumpulan yang sama tidak dapat peluang menggunakan ict.




Thursday, July 31, 2008

31 Julai

1. Sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Murid di bawa ke makmal komputer. Mengajar tajuk mass.

3. Menjaga kelas relief 4 Berlian dari 9.20 hingga 9.50 pagi.

4. Menyerahkan markah ujian sains dan matematik kepada guru tingkatan.

5. Menyediakan bahan P&P di makmal komputer.

30 Julai

1. Sampai disekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Tiada pengajaran hari ini.

3. Mendapat relief mengawas ujian kelas 4 Intan (11.10 hingga 12.10) dan 3 Berlian (12.40 hingga 1.10).

4. Menanda kertas sains kelas 4 Berlian.

5. Mencari dokumen mengenai sistem Jaringan sekolah.