Wednesday, August 20, 2008

15 Ogos

1. Hadir ke sekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. Bacaan yassin dari pukul 7.20 hingga 8.00pg.

3. Memberi ucapan terima kasih kepada warga Sek Keb (P) Bandar Tangkak atas kerjasama yang diberikan.

4. Makmal komputer tidak dapat digunakan kerana murid 4 Berlian perlu membersihkan bilik darjah bagi tujuan peperiksaan UPSR.

5. Mengajar sains dalam kelas dengan memberikan kerja kumpulan untuk mencari kebaikan dan keburukan teknologi.

Pemerhatian/ Dapatan

1. Murid aktif melibatkan diri dengan memberi maklumat mengenai kebaikan dan keburukan teknologi.

2. Mendapatkan tandatangan daripada guru kanan Hem untuk borang kehadiran dan penilaian.

3. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru diatas kerjasama yang diberikan.

4. Murid-murid bersalam dan mengucapkan terima kasih.

14 Ogos

1. Sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Membawa murid ke makmal komputer dan mengajar tajuk ‘divide mass’.

3. Murid menggunakan komputer menjawab soalan kuiz matematik.

Pemerhatian/ Dapatan

1. Disiplin murid terkawal.

2. Murid suka menjawab soalan kuiz. Murid tidak boleh meneka jawapan kuiz keana soalan subjektif.

3. Murid aktif membuat pengiraan pada kertas kosong untuk mendapatkan jawapan.

4. Jamuan perpisahan telah diadakan oleh pihak bilik guru.

13 Ogos

1. Sampai disekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. Tiada pengajaran hari ini.

3. Mendapat relief kelas 3 Intan (10.10 hingga 11.10)

dan mengajar matematik tajuk ‘add and subtract unit of length’.

4. Menjalankan kursus dalaman Photoshop untuk guru-guru dari 1.30 hingga 3.30ptg.


Dapatan / Pemerhatian

1. Disiplin murid terkawal.

2. Bilik akses masih digunakan untuk pemeriksaan gigi.

3. Kursus dalaman Photoshop dijalankan di makmal komputer.

Seramai 10 orang guru sahaja yang hadir.

12 Ogos

1. Tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. Pengajaran yang dirangcang tidak dapat dijalankan kerana banyak murid yang tidak memahami kerja rumah yang telah diberikan.
3. Mendapat relief kelas 5 Intan dan mengajar matematik bertajuk masa.


Pemerhatian/ Dapatan

1. Mendapati murid 5 Intan lemah dalam sifir.

2. Membincangkan kerja rumah bersama murid.

3. Bilik akses digunakan untuk pemeriksaan gigi murid-murid

11 Ogos

1. Hadir ke sekolah pada 7.05 pagi.

2. Perhimpunan sekolah dimulakan pada pukul 7.20pagi.

3. Guru bertugas mengingatkan murid-murid mengenai 5 budaya sekolah iaitu sampah sifar, beratur semasa berjalan, tunduk dan beri salam, membaca, dan senyap dalam kelas.

4. Mengajar matematik bertajuk ‘multiply mass’. Membawa murid ke makmal komputer. Mengajar menggunakan powerpoint.

Pemerhatian / Dapatan

1. Disiplin murid terkawal.

2. Unit kesihatan datang ke sekolah untuk memeriksa pergigian murid-murid dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggosok gigi dengan betul.

Masa pengajaran saya terganggu dari 11.10 hingga 11.40.

9 Ogos

1. Hadir ke sekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. BAQ dijalankan dari pukul 7.20 hingga 7.45pg.

3. Mengajar sains bertajuk ‘the development of technology’.

4. Bahan-bahan yang dicari dari internet dibentangkan oleh setiap kumpulan.

5. Mendapat relief kelas 2 Berlian dari 10.20 hingga 10.50. Mengajar sains bertajuk ‘pull and push’ kerana gurunya telah pergi ke kursus KDP.


Tindakan / Pemerhatian

1. Murid-murid dapat mencari pelbagai maklumat tetapi mereka tidak dapat memilih apa yang dikehendaki kerana kurang memahami bahasa inggeris.



8 Ogos


1. BAQ dijalankan dari pukul 7.20 hingga 7.45pg.

2. Mengajar sains tajuk “technology”. Membawa murid ke bilik akses untuk melayari internet. Murid-murid perlu mencari bahan mengenai teknologi perkembangan pengangkutan, pertanian, komunikasi dan pembinaan.


Tindakan/ Pemerhatian

Murid menghadapi kesukaran dalam memilih bahan kerana lemah dalam penguasaan bahasa inggeris

7 Ogos

1. Sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Mengajar matematik bertajuk “Basic operation involving mass- add and subtract”.

3. Membawa murid ke makmal komputer. Mengajar menggunakan MS PowerPoint.

4. Mendapat relief kelas 1 Berlian dari pukul 10.10 hingga 11.10. Membuat kuiz ejaan bahasa inggeris.



Tindakan/ Pemerhatian

1. Persembahan MSPowerPoint diikuti dengan murid menulis contoh-contoh penyelesaian dalam buku.

2. Murid 1 Berlian seronok menjawab soalan kuiz tetapi ada seorang murid merajuk kerana tidak dapat mengeja dengan betul.

6 Ogos

1. Sampai disekolah pada pukul 7.10 pagi.

2. Tiada pengajaran hari ini.

3. Mendapat relief kelas 1 Intan (7.50 hingga 8.50). Makmal komputer digunakan maka melengkapkan buku latihan bahasa inggeris.

Tuesday, August 12, 2008

5 Ogos



1. Tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi.
2. Membincangkan soalan ujian sains bersama murid.
3. Mendapat relief kelas 4 Berlian dan menyambung perbincangan soalan ujian.
4. Tiada murid yang mendapat A.
Banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid pada bahagian B iaitu soalan subjektif.

4 Ogos

1. Hadir ke sekolah pada 7.05 pagi.

2. Membawa murid masuk ke makmal komputer dan mengajar matematik topik “relationship between unit of mass.

3. Menggunakan EXE dan MS PowerPoint untuk membincangkan set induksi dan pengajaran.

4. Murid menggunakan komputer membuat soalan kuiz dalam Hot Potatoes.

5. En. Azman telah datang ke sekolah untuk penyeliaan. Beliau sangat tertarik dengan budaya

sekolah dan pengurusan sekolah yang baik.



Friday, August 1, 2008

1 Ogos


Hadir ke sekolah pada pukul 7.05 pagi.

2. Bacaan yassin dari pukul 7.20 hingga 8.00pg.

3. Mengajar sains tajuk ‘technology’. Tidak dapat membawa murid ke bilik akses untuk mencari bahan dari internet kerana kesuntukkan masa.

4. Mendapat relief kelas 3 Berlian. Bermain bola untuk mata pelajaran pendidikan kesihatan.

5. Cabaran dihadapi semasa menggunakan komputer di sekolah ini ialah

a) Server tidak berfungsi terpaksa menyediakan bahan offline.

b) Hanya 11 buah komputer yang boleh digunakan dan 3 buah rosak.

c) 3 orang murid berkongsi satu buah komputer menyebabkan p & p tidak dapat di jalankan dengan berkesan kerana seorang murid dalam kumpulan yang sama tidak dapat peluang menggunakan ict.